Thursday, 17 January 2013

200 hilang tempat tinggal rumah panjang sg.antu saratok


SARATOK: Kira-kira 200 penduduk Rumah Chendang Andrew, Sungai Antu, Saratok hilang tempat tinggal dan harta benda setelah rumah panjang mereka ranap dijilat api petang semalam.
Tuai Rumah Chendang Andrew, 60, berkata kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 3 petang.
“Ketika kejadian, kebanya-kan penduduk rumah panjang masih bekerja di ladang dan kebun masing-masing malah ada juga yang turun ke pekan Saratok.
“Berikutan itu, usaha memadamkan kebakaran dan me-nyelamatkan barang-barang milik penduduk sukar dilakukan.
“Rumah panjang satu tingkat kami ini dianggarkan ber-usia 20 tahun dan struktur binaannya adalah separuh konkrit iaitu di bahagian bawah dan kayu untuk bahagian atasnya,” kata Chendang ke-tika ditemui pemberita di lokasi kejadian semalam.
Sementara itu, penduduk, Saya Endit, 57, berkata kebakaran tersebut berpunca dari salah sebuah bilik yang tidak berpenghuni.
“Pada mulanya penduduk tidak sedar tentang kejadian itu, namun setibanya satu rombongan yang baharu sampai menghantar anak-anak balik dari sekolah, mereka ternampak satu kepulan asap tebal dari sebuah bilik.
“Berikutan itu, kumpulan pelajar tersebut dengan pantas memaklumnya kepada penduduk, namun pada masa kejadian tiupan angin agak kuat dan api pun merebak dengan cepat.
“Beberapa penduduk cuba memadamkan kebakaran menggunakan air dari tong-tong takungan tetapi ia tidak mampu menyekat api daripada terus merebak,” ceritanya kepada pemberita.
Tambahnya lagi, apa yang lebih menyedihkan ialah rumah panjang terbabit tidak mempunyai alat pemadam api dan sumber bekalan air.
Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Saratok yang dihubungi penduduk tentang kejadian tersebut telah berusaha memadamkan kebakaran dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya dalam tempoh satu jam.
Sementara itu, penduduk di rumah panjang terbabit ditempatkan di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Antu untuk sementara waktu.


Read more: http://www.theborneopost.com/2013/01/17/200-hilang-tempat-tinggal-rumah-panjang-terbakar/#ixzz2IEJZdJuq

No comments:

Post a Comment